Monday, October 27, 2014

Google Map

PERUBATAN HOMEOPATHY ISMAIL

Promosi Bulanan

Promosi Sepanjang Oktober 2013
Rawatan Minda :
Percuma dari usia anak sekolah hingga penuntut IPT.

Pengamal Homeopathy

Hp ISMAIL BIN MOHTAR
BHMS (MAhM/USU), APHom.
No Ahli : MPHM(A)00376

Waktu Rawatan

SABTU hingga KHAMIS
09.00 Pagi hingga 06.00 Petang

MALAM
Dengan Temujanji

JUMAAT
Cuti

Bayaran Rawatan

Kanak-kanak 10 tahun dan ke bawah
RM 20.00 - RM 25.00

Dewasa
RM 30.00 - RM 50.00

Hubungi Kami

Alamat :
PERUBATAN HOMEOPATHY ISMAIL,
No. 22, Jalan Universiti 2, Taman Universiti,
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim MALAYSIA.

Tel:
+607 454 3875

Hp:
+6013 781 8122

Email :
ismailbinmohtar@gmail.com

Falsafah Homeopathy

PRINSIP ASAS HOMEOPATHY

Homeopathy lahir dari prinsip-prinsip hukum yang tetap. Prinsip-prinsip ini telah dipegang lebih dari 200 tahun. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut :-

Hukum Persamaan

Homeopathy berdiri di atas hukum persamaan “serupa dengan serupa boleh menyembuhkan” atau dalam bahasa Inggeris “Likes Cure By Likes” atau lebih dikenali sebagai “Similia Similibus Curentur” yang juga boleh ditafsirkan sebagai “SIMILIA” bermaksud sama atau serupa, “SIMILIBUS” bermaksud similimum iaitu penawar atau ubat yang sepadan dengan simptom yang timbul, dan “CURRENTUR” bermaksud sembuh.

Pembuktian atau “proving” kulit kayu Cinchona yang dibuat oleh Hahnemann ke atas dirinya sendiri telah membuatkan beliau sedar bahawa “dengan hanya kuasanya boleh membuat seseorang sakit dengan cara tertentu, suatu dadah dapat menyembuhkan penyakit serupa dengan apa yang boleh dihasilkannya apabila diuji ke atas orang yang sihat”.

Selepas sembilan tahun, beliau begitu yakin tentang kebenaran Hukum Persamaan ini dan melalui ujian yang begitu banyak dilakukan ke atas individu yang sihat, barulah Hahnemann menggunakan hukum "Serupa Dengan Serupa Menyembuhkan " (Likes Cure By Likes) di dalam tulisannya "On The Positive Effect of Medicine ".
Di dalam Organon Ayat 27 Hahnemann menyatakan "kuasa penyembuhan ubat-ubat adalah bergantung kepada simptom yang dikeluarkan yang seraksi dengan penyakit tetapi kuat darinya agar setiap individu pesakit mestilah secara pasti, secara radikal, cepat dan kekal disembuhkan dengan penawar yang dapat seraksi dan lengkap dengan keseluruhan simptom, di dalam masa yang soma lebih kuat dari kuasa penyakit".

Hukum Pembuktian

Hukum Pembuktian merujuk kepada percubaan bahan dan kesannya dari segi perubatan. Untuk membuktikannya, setiap kumpulan yang terdiri daripada mereka yang sihat akan diuji dengan memberikan dos bahan-bahan tersebut setiap hari, dan setiap dari mereka dengan berhati-hati merekodkan apa sahaja simptom yang terhasil.

Selesai pembuktian, semua simptom yang telah terbukti terhasil secara berterusan akan disenaraikan sebagai ciri-ciri di dalam Materia Medica sebagai rujukan. Bagi merawat pesakit pula, pengamal akan merujuk kepada Materia Medica ini untuk mencari simptom yang terhasil bersesuaian dengan simptom di dalamnya. Maka di sini dapat dilihat kepentingan Hukum Persamaan dalam memilih penawar.

Seperti di dalam Organon Ayat 120, Hahnemann menyatakan "lantaran itu, ubat yang padanya hidup dan mati, sakit dan sihat seseorang itu bergantung mestilah sekemas dan sehalusnya dibezakan antara satu soma lain, la mesti secara cermat, diuji pada tubuh yang sihat untuk mengetahui kesan sebenarnya dan mendapat pengetahuan yang tepat tentangnya agar dapat dielakkan kesilapan yang mungkin berlaku di dalam penggunaannya nanti. Hanya dengan pemilihan yang  tepat  sahaja dapat kita mengembalikan badan dan minda kepada sihat secara cepat dan kekal sebagai rahmat di atas muka bumi ini".

Kaedah merekodkan kajian-kajian ini juga tersusun begitu rapi. Ianya dimulakan dengan organ teratas menuran ke bawah seperti yang terdapat di dalam Kent's atau Schroyen's Repertory iaitu minda, vertigo, kepala, mata, pandangan, telinga, pendengaran, hidung, muka, mulut, gigi, kerongkong, perut, abdomen, rekctum, tinja, pundi kencing, buah pinggang, prostat, uretra, urin, genitalia lelaki dan wanita, pernafasan, dada, jantung, belakang, anggota, tidur, kulit dan pelbagai lagi.

Hukum Penawar Tunggal

Kebiasaan cara rawatan perubatan lain yang memberikan lebih dari satu jenis ubat atau beberapa jenis ubat dalam masa yang sama untuk pesakit adalah amat bertentangan dengan Hukum Penawar Tunggal Homeopathy. Hanya satu penawar sahaja yang perlu dipreskripkan kepada pesakit untuk mendapat kesembuhan tetap. Penawar khusus dan tunggal ini hendaklah mempunyai persamaan dengan kompleks simptom yang dipersembahkan oleh pesakit. Penawar lain tidak akan memberi kesembuhan kerana kelebihan memberikan penawar tunggal ialah kesan penawar itu dapat dinilaikan. Jika diberi beberapa penawar, sukar untuk diketahui yang mana satu telah bertindak ke atas pesakit dan pada sukatan apakah penyembuhan itu berlaku.

Mengenal pasti penawar tunggal adalah amat penting. Ini memerlukan ketekunan, masa, tenaga, kepakaran dan dedikasi doktor Homeopathy. Proses ini dinamakan pengindividuan (individualization). Di dalam Homeopathy, setiap pesakit adalah berbeza dan dianggap sebagai individu unik dan ganjil. Walaupun penyakit yang dihidapi oleh setiap pesakit adalah berlainan tetapi mungkin sama mengikut konsep perubatan Allopathy, namun konsep penyakit menurut Homeopathy setiap penawar adalah berbeza bagi setiap pesakit.

Seorang doktor Homeopathy tidak akan menyempitkan pemikiran serta memudahkan kajian pesakitnya dengan memberikan nama kepada keadaan pesakit lalu mencari ubat yang mungkin bertindak dengan nama itu. Perhitungan dibuat kepada setiap tanda dan simptom, sama ada mental, fizikal, toksik atau patologi, sehingga kepada simptom menyeluruh (totality of symptoms), sebagai asas pemilihan ubat yang sepadan dengan pesakit dan bukannya dengan merawat penyakit. Oleh itu, nama-nama penyakit tidak ada pemberatan dalam seni penyembuhan Homeopathy.

Terdapat beberapa kaedah di dalam pemilihan penawar yang paling tepat. Di antara kaedah yang paling mudah ialah REPERTORI. Repertori ialah satu indeks atau penunjuk kepada simptom yang dikenali Rubrik (petunjuk) dengan barisan penawar Homeopathy yang berkaitan yang disusun menurut Abjad (Alphabetical) atau disusun dalam bentuk gambarajah (Schematic) untuk dirujuk dengan mudah. Perkataan repertori berasal dari perkataan latin iaitu "REPETOIR" yang bermaksud "Senarai Benda". Ianya merupakan jadual atau ringkasan patologi simptom-simptom yang telah dibuktikan (proving) dimana kandungannya disusun dalam bentuk yang mudah untuk rujukan kerana kemungkinan tidak ada atau jarang ada di kalangan minda manusia yang mampu untuk mengingati begitu banyak penawar Homeopathy di dalam Materia Medica.

Kini pula terdapat pelbagai jenis repertori yang boleh didapati sama ada di dalam bentuk penulisan buku atau perisian komputer bagi membolehkan pengamal Homeopathy membuat pemilihan remedi.

Hukum Dos Minimum

Prinsip asas sumber ubat-ubatan Homeopathy ialah bahan yang beracun pada bentuk asalnya boleh menjadi penawar yang sempurna apabila ia menjadi dos yang kecil. Ubat atau penawar Homeopathy yang diberikan kepada pesakit adalah dalam bentuk ukuran dos minimum (kecil) mengikut Hukum Persamaan (Similimum), berpandukan kepada tanda-tanda atau simptom-simptom individu. Dos minimum yang diberikan telah terbukti secara klinikal menghasilkan kesembuhan jika dibandingkan dengan pemberian dos besar.

Pemberian ubat secara lazim bukanlah cara yang terbaik. la bergantung kepada sifat bahan asalnya, tindak balas dadah selalunya terlalu kuat (kesan sampingan, tindak-balas permulaan lampau, penyakit semakin melarat) atau kurang memuaskan kerana bahan berkenaan (terutama galian yang tidak larut) tidak disediakan sebaik-baiknya.

Dos dadah boleh dikurangkan ke minimum dan tindakannya diperkuat melalui triturasi dan sukrusi. Proses ini memberikan kuasa ubat optimum sambil mengelakkan kesan-kesan yang merbahaya. Penyediaan ini dipanggil potensi atau mendinamisir (potential = kuasa dari sudut keupayaan, muatan; dinamis = kuasa dari sudut kekuatan). Mendinamisir secara Homeopathy

sebenarnya menghidupkan ciri-ciri penyembuhan yang tersorok di dalam pepejal-pepejal asli semasa mereka berada dalam keadaan kasar. Lebih dicairkan bahan asli ubatan tersebut, lebih kuat kuasa tindakan penyembuhannya tanpa sebarang kesan sampingan.

Hukum Arah Kesembuhan

Hukum arah penyembuhan adalah apabila penawar yang diberikan similimum dengan pesakit. Penyakit biasanya mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri. Ianya terbukti apabila penyakit bertindak-balas dengan tubuh pesakit apabila penawar yang tepat diberikan. Semakin dekat keserupaan simptom penyakit dengan penawar yang dipilih, semakin hampir kuasa penawar itu kepada kuasa hayat pesakit. Suasana ini dapat menggerakkan tindakan dinamik tubuh ke atas penyakit yang dialami. Oleh itu, penawar dapat memberi kesan sebenar yang menyembuhkan. Setiap penyakit akan memberi kesan ke atas sel tisu dan organ-organ tubuh. Setiap organ tidak akan merosakkan dirinya. Oleh yang demikian, dalam proses penyembuhan, rawatan Homeopathy juga mempunyai undang-undang yang dikenali sebagai "Undang-undang Penyembuhan Hering" yang juga disebut sebagai "Hering's Law of Cure". Undang-undang ini diperkenalkan oleh Dr. Constantine Hering, di mana beliau menyatakan bahawa gerakan penyembuhan akan mengikut arah yang tetap.

Hukum penyembuhan Hering ini ialah apabila pesakit diberi similimum sebenar, simptom-simptom yang menyembuh akan mengikut empat arah iaitu :

* Dari atas ke bawah

Sebagai contoh, ruam kulit akan bergerak dari muka ke dada, kemudian ke abdomen, peha, di mana bahagian atas akan sembuh dahulu. Tetapi jika simptom bergerak ke arah berlawanan, ini menunjukkan bahawa penyakit tersebut dibenamkan, bermakna ia telah melarat. Jika proses penyembuhan berlaku secara semulajadi maka simptom akan bergerak dari bahagian atas tubuh ke bawah atau dari kepala ke kaki.

* Dari dalam ke luar

Apabila proses penyembuhan semulajadi berlaku, simptom bergerak dari bahagian dalam tubuh ke permukaan tubuh. Ini selalu dilihat dalam penyembuhan dalaman. Seperti apabila simptom minda, emosi dan fizikal dalaman hilang, pesakit akan mendapat ruam atau gatal-gatal di hidung, mulut atau discas, hidung berair, diarea atau ulser di kawasan jangkitan. Kesan ini perlu dibiarkan dan tidak perlu dibenamkan melalui rawatan ke tempat berlaku keadaan tersebut atau menggunakan agen-agen pembenaman sistemik.

* Sembuh secara berundur atau kepada keadaan asal

Penyakit lama atau simptom lama yang telah dibenamkan atau tidak dirawat sepenuhnya akan kembali mengikut susunan terbalik. Sebagai contoh, penyakit campak bermula dengan batuk, kemudian keluar bintik-bintik ruam, tetapi penyembuhannya adalah secara berundur laitu bintik-bintik ruam akan sembuh dahulu dan batuk akan sembuh kemudian.

* Dari bahagian yang penting ke bahagian yang tidak penting

Dalam proses penyembuhan semulajadi, simptom bergerak dari sistem atau organ penting ke sistem atau organ yang tidak penting. Contohnya, kemurungan mental mula sembuh apabila pesakit mula mengalami palpitasi (denyutan jantung kencang). Apabila palpitasi hilang, pesakit mula mengalami gangguan gaster atau pencernaan atau timbul ruam kulit. Fungsi otak dan emosi lebih penting dari palpitasi jantung, iaitu yang lebih penting dari sistem pencernaan atau kulit.

DOKTRIN MIASMA

Miasma dalam bahasa Yunani bermaksud "pencemaran". Perkataan ini digunakan untuk agen-agen atau faktor-faktor berkaitan pembentukan penyakit. Doktrin Miasma adalah satu hipotesis yang dikemukan untuk menerangkan kebanyakan gangguan yang mempunyai sifat-sifat baka atau keturunan. Hahnemann mengkelaskan miasma sebagai Psora, Sycosis dan Syphilis. Secara konsep, miasma bukan bakteria penghasil penyakit, mikrob atau virus, walaupun mempunyai syphilis dan gonorea sebagai sebahagian dari persembahannya. Miasma berbentuk halus (spirit). la dinamis, pendorong penyakit dan penghalang kesembuhan.

Psora merupakan juzuk terpenting miasma dan wujud bersama manusia. Syphilis dan Sycosis pula dibawa masuk oleh Psora. Apabila miasma cuba menyebabkan sebarang perubahan patologi, kuasa hayat akan berusaha sedaya upaya untuk membuangnya. Miasma tidak merbahaya selagi persembahan atau simptom luaran seperti gatal-gatal Prosa, discas Sycosis dan ulser Syphilis tidak dibenamkan dengan dadah atau ubat sapu. Jika ia diganggu dengan cara ini, maka ia akan masuk jauh ke dalam sistem dan akan keluar dalam bentuk yang lebih dasyat serta merbahaya. Degenerasi otak dan sistem saraf, gangrene, kanser serta ulser yang tidak sembuh di bahagian-bahagian penting tubuh. Apabila memasuki tubuh, mereka menetap di dalam kecuali similimum datang menyelamatkan kuasa hayat dan menolong mengeluarkan mereka. Syphilis dan Sycosis boleh dirawat tetapi Psora tidak. Ia kembali ke tahap pendamnya. Psora adalah benih kemusnahan seiring hayat. Secara bersendirian Psora tidak boleh menjejaskan tisu atau organ tubuh manusia.

Ketiga-tiga miasma mempunyai peringkat akiut, pendam atau kronik. Semasa akiut, tindakan utama mereka adalah kepada fungsi. Hanya selepas ini perubahan struktur dan organik berlaku, dituruti kemusnahan tisu. Maka penting sekali rawatan dimulakan pada peringkat fungsi. Selepas perubahan struktur atau organik berlaku kesan miasma sukar dirawat. Dalam peringkat pendam, tidak terdapat persembahan akiut simptom miasma. Miasma boleh dikenali dengan memerhati simptom pesakit dengan teliti, sejarah silamnya dan riwayat keluarganya. Pada peringkat kronik, ketiga-tiga miasma bercampur-aduk, tetapi terdapat satu yang lebih berpengaruh dan akan mempersembahkan simptom-simptomnya. Maka penggunaan anti-miasma yang berpengaruh perlu dilakukan.

Simptom Psora Di antara simptom Psora terpendam ialah:

* Kepenatan mental atau fizikal. Suka berbaring. Gelisah, takut, resah dan mudah tersinggung.

* Sejuk dan tidak tahan sejuk.

* Epitaksis (keluar darah dari hidung).

* Orifis eksternal seperti bibir, hidung, anus - merah.

* Tapak tangan dan tapak kaki membara dan berpeluh.

* Tidak boleh tidur, mengantuk dan mimpi buruk.

* Teramat lapar, tiada rasa apa-apa di dalam perut atau kurang selera makan.

* Sembelit atau bergegas ke tandas pada waktu pagi kerana rasa terlalu mudah membuang air besar.

* Tidak bersih, tidak kemas dan tidak suka mandi.

* Rasa panas di sebarang bahagian tubuh dan rasa darah deras, berpeluh di dahi dan muka.

* Cacing, anus gatal dan mengisar gigi semasa tidur.

* Rasa lega selepas membuang rembesan atau discas seperti urin, tinja, peluh, darah haid.

* Mengidam makanan berempah, goreng, masam, manis dan berlemak.

* Getaran otot semasa tidur.

* Obesiti (kegemukan).

Simptom Syphilis Simptom Syphilis terpendam ialah:

* Kecenderungan menyimpan/ membendung sesuatu atau kesemua.

* Bosan hidup, dorongan membunuh diri amat kuat.

* Kuasa ingatan dan pemikiran semakin berkurangan.

* Kemusnahan tisu dan organ tubuh, luka yang sukar sembuh.

* Kelegaan melalui discas melalui leukorea, nanah berbau dan melarat melalui discas semulajadi seperti urin dan peluh.

* Korona gigi insior menjadi bentuk bulan sabit.

* Telinga dan kepala secara bandingan lebih besar dari badan serta hidung terpenyek atau rata.

* Jerawat keras di muka

* Simptom-simptom yang melarat pada waktu malam.

Simptom Sycosis Di antara simptom Sycosis terpendam pula ialah:

* Artritis, reumatisma, neuralgia.

* Lambat sembuh dari penyakit akiut.

* Mudah lupa kejadian baru tetapi amat mengingati kejadian lampau.

* Merasa lega melalui discas bukan semulajadi yang berwarna hijau atau kuning kehijauan.

* Anemia.

* Tidak tahan rempah, daging dan minuman keras yang melarat simptom.

* Kuku tebal, keras dan berliku.

* Penyakit melarat dalam cuaca panas lembab.

KONSEP TENAGA HAYAT

Tenaga hayat adalah bermaksud jiwa hidup-hidupan (al-ruh al-hayawani) yang mengandungi partikel yang halus tersalur melalui darah, menuju ke jantung lalu mengalir ke anggota-anggota bahagian tubuh dan juga ke otak. Tenaga hayat bergerak melalui saraf menuju ke arah penggerak saraf dan juga menuju ke otot-otot. Sumber utama tenaga hayat dalam organisma manusia adalah sesuatu yang tidak boleh diukur atau disukat, tetapi kewujudan dan peranannya adalah suatu hakikat.

Tanpa kuasa atau tenaga hayat, tubuh bernyawa atau hidup tidak mempunyai sebarang ransangan serta fungsi swa-pemulihan, atau sepertimana yang digelar Hahnemann "Vital Force" atau "Dinamis". Tenaga hayat inilah yang mengendalikan kesemua bahagian dan fungsi tubuh secara harmoni serta menyelenggarakan operasi penting dan juga pemulihan tubuh itu sendiri. Jika tenaga hayat seseorang itu kuat, virus atau bakteria tidak memerbahayakan tubuh. Apabila tenaga hayat diganggu, keadaan "sakit", "tidak sihat" atau "fungsi tidak harmoni" akan berlaku.

Tenaga hayat boleh dikenal pasti melalui gejala, fenomena atau simptom yang ada pada individu atau pesakit. Tenaga hayat berperanan memberi dan mengisi kembali kelemahan, kekurangan dan kesembuhan dalam tubuh badan yang sakit.

Bagi menjelaskan konsep tenaga hayat ini dengan satu keadaan nyata, contoh analogi berikut boleh digunakan. Bayangkan seorang pengawal diambil bertugas untuk menjaga sebuah rumah. Pengawal ini cekap dan teliti maka tiada pencuri dapat memasuki rumah. Tetapi jika pengawal ini berada dalam keadaan tidak sihat atau sakit, kerjanya tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pencuri dapat memasuki rumah dengan memecahkan tingkap. Keesokkan hari, tuan rumah datang melihat kerosakan lalu membaiki tingkat. Seterusnya, pencuri masuk lagi ke dalam rumah dengan memecahkan bumbung. Tetapi kali ini, sahabat tuan rumah tersebut yang mengetahui keadaan sebenar telah menasihati tuan rumah agar pengawal perlu diberi rawatan kerana selagi pengawal tersebut tidak sihat atau sakit, rumah tersebut akan terus dimasuki pencuri.

Di dalam analogi ini, pengawal merupakan Tenaga Hayat. Rumah berkenaan merupakan organisma tubuh. Pencuri merupakan faktor penghasil penyakit seperti jangkitan, kecederaan,
dedahan keadaan cuaca, emosi, diet yang tidak seimbang serta Iain-lain lagi. Sementara tuan rumah pula merupakan perubatan lazim (Allopathy) dan sahabat tuan rumah pula adalah Homeopathy. Rumusan dari analogi tersebut boleh digambarkan "tanpa tenaga hayat, apa jua yang dilakukan tidak akan berkesan sama sekali".

Tenaga Hayat Semasa Sakit

Semasa sakit, tenaga hayat terjajar atau terganggu dari paras optimum kecekapan tindakan di dalam organisma. Apabila daya inimikal atau ransangan jahat mempengaruhinya, tenaga hayat mula menunjukan ketidakselesaan menerusi tanda-tanda atau simptom. Maka, tanda-tanda atau simptom dalam penyakit ialah seruan tenaga hayat bagi mendapatkan perhatian kepada penderita.

Persoalan mengapa simptom-simptom mempunyai corak-corak sedemikian adalah kerana setiap manusia adalah unik (setiap orang mempunyai fitrah tersendiri). Setiap organisma mempunyai kelemahan berlainan dan tidak balas berlainan terhadap tekanan. Gangguan akan bermenifestasi mengikut garis-garis kelemahan dalam organisma berkenaan dan semua kumpulan simptom akan berkait rapat.

Oleh yang demikian, Homeopathy tidak menggunakan label penyakit seperti Allopathy kerana setiap tenaga hayat adalah unik dari segi corak yang dihasilkannya. Apabila kita tidak sihat, tubuh kita akan menghasilkan corak sakit atau tidak sihat yang berlainan.

Tenaga Hayat Semasa Sihat

Di dalam Organon, Ayat 9, Hahnemann ada menyatakan "dalam keadaan sihat 'Vital Force' yang bersifat ruhani (dinamis) yang akan menggerakan organisma material menduduki tempat tertinggi. la bekerja mempertahankan pancaindera dan aktiviti-aktiviti kesemua bahagian organisma hidup dalam keadaan harmoni yang menjurus kepada ketakjuban. Lantas kuasa ruhaniah yang menduduki organisma tersebut boleh bebas menggunakan batang tubuh yang sihat untuk mencapai matlamat unggul kewujudan manusia". Dengan kata mudah, tenaga hayat menghidupkan tubuh dengan pergerakan tanpa batasan dan mengekalkan kesemua bahagian organisma secara harmoni khususnya dari segi rasa dan fungsi.

Tenaga hayat ini wujud dalam setiap dan seluruh bahagian tubuh. la merupakan faktor asas yang bertanggungjawab kepada keadaan tubuh supaya sentiasa berfungsi dengan baik sama ada sihat atau sakit.

Seseorang yang sihat akan merasa ingin bekerja secara normal, berfikiran normal, tidur normal, dan apa jua yang munasabah secara normal. Tenaga hayat memastikan sistem, organ-organ, tisu-tisu, sel-sel dan Iain-lain berada dalam keadaan paling unggul. Jadi ia boleh melakukan kerja secara optimum tanpa rasa tidak sihat. la tidak menyedari organ-organnya atau fungsi-fungsi yang berlaku dalam tubuhnya. Tenaga hayat memastikan jasad dan minda berada di tahap kecekapan yang optimum. Tiada pengaruh jahat dari luar yang dapat menembusi atau mempengaruhinya. Keadaan ini digelar SIHAT. Maka semasa sihat, tenaga hayat melindungi organisma dari perlbagai pengaruh inimikal yang terdedah kepada tubuh.

PENYAKIT MENURUT HOMEOPATHY

Sakit, tidak sihat atau tidak selesa pada badan seseorang adalah satu perubahan kecil keadaan sihat yang dimanifestasikan oleh satu atau lebih simptom-simptom fizikal atau mental. Hahnemann telah membuat pengkelasan yang berbeza dari pengkelasan sistem perubatan lain. Beliau telah membahagikan penyakit kepada dua kategori yang luas bergantung kepada sifat klinikal. la dikelaskan sebagai penyakit "Akiut" dan "Kronik".

Penyakit Akiut

Hahneman mentakrifkan penyakit akiut sebagai penyakit yang mempunyai permulaan yang mendadak, perkembangannya deras dan cepat menurun sama ada sembuh sepenuhnya atau berakhir dengan kematian si penderita.

Dalam Homeopathy, pembahagian penyakit akiut dan kronik tidak dilakukan mengikut jangka masa penyakit tetapi bergantung kepada permulaan (onset) dan kesinambungan. Sementara dalam Allopathy pula, penyakit dikumpulkan sebagai akiut, sub-akiut dan kronik bergantung kepada jangka masa penyakit. Jika satu penyakit berpanjangan selama beberapa hari, ia digelar akiut dan jika berterusan beberapa hari lagi ia digelar sub-akiut dan dalam tempoh lebih lama, ia digelar kronik. Pengkelasan Homeopathy berkenaan penyakit adalah klinikal tulen. Penyakit akiut disebabkan oleh ledakan mendadak (akiut) psora yang terpendam. Apabila penyebab menyelenggara tidak wujud, prosa yang terpendam akan meledak dan ianya tidak dapat diatasi melainkan dengan meggunakan penawar Homeopathy yang paling tepat.

Mengikut kejadian, Hahnemann mengkelaskan penyakit akiut kepada lima iaitu:

* Penyakit Individu.

Ia disebabkan oleh ledakan seketika psora akibat makanan berlebihan, kekurangan benda-benda asas yang penting untuk hidup, kesan fizikal yang teruk seperti sejuk yang lampau, panas lampau, tekanan mental, tergeliat dan Iain-lain.

* Penyakit Epidemik.
Ia penyakit yang menyerang ramai orang pada sesuatu masa di suatu tempat dengan set simptom yang serupa. Kebanyakannya disebabkan oleh yang serupa. Keadaan iklim atau cuaca, peperangan, kebuluran, kemarau, banjir dan sebagainya yang melibatkan ramai penduduk sesuatu kawasan setempat. Keadaan ini membawa sengsara yang sama kepada semua benda hidup di tempat atau kawasan berkenaan. Epidemik taun di kawasan banjir adalah contoh terbaik.

* Penyakit Endemik.
Peduduk disesuatu kawasan yang menghidapi penyakit tertentu yang serupa sepanjang tahun akibat miasma tertentu. Sebagai contoh, penduduk di kawasan paya lebih cenderung menghidap malaria.

* Penyakit Sporadik.
la adalah penyakit yang menyerang beberapa orang pada waktu tertentu di tempat-tempat yang berlainan atau berkelompok. Penyakit ini berpunca dari pengaruh meteorik (meteoric) atau pengaruh atmosfera dan telurik (telluric) atau pengaruh penyakit yang keluar dari tanah.

* Penyakit Pandemik.
la adalah merupakan satu epidemic yang melibatkan satu kawasan besar atau meluas hingga boleh melibatkan satu dunia. Sebagai contoh selesema atau konjuktivitis.

Penyakit Kronik

Penyakit kronik adalah penyakit yang bermula dengan perlahan dan beransur-ansur, perkembangannya perlahan dan lambat berakhir. Penyakit kronik ini jika tidak dikawal melalui penggunaan ubat yang betul akan terus berkembang dan mengsengsarakan si penghidap sehingga akhir hayatnya yang boleh menyebabkan kematian.

Konsep penyakit kronik dalam Homeopathy berbeza dari Allopathy. Penyakit kronik adalah kronik dari permulaan onsetnya, sementara dari segi Allopathy ia adalah penerusan dari penyakit akiut.

Penyakit kronik semulajadi adalah disebabkan oleh tiga pengaruh bisa, berbahaya dan beracun yang telah dikenal pasti oleh Hahnemann sebagai Psora, Sycosis dan Syphilis. Syphilis dan Sycosis dari segi asal ialah miasma veneral dan bukan veneral. Pengaruh berbahaya ini bersifat dinamik. Ia mempengaruhi kuasa hayat dan dengan saling tindakan dinamiknya telah menghasilkan penyakit dengan cara tersendiri. Sebaik sahaja miasma-miasma ini mempengaruhi kuasa hayat, secara perlahan dan mantap melemahkan individu tersebut walaupun mempunyai tubuh badan yang sihat dan menjalani kehidupan dengan cara yang terbaik. Semasa pengaruh berkembang ke atas kuasa hayat, miasma-miasma ini mengeluarkan simptom-simptom yang merupakan ciri miasma berkenaan.

Ketiga-tiga miasma individu boleh menghasilkan keadaan penyakit yang tersendiri secara tunggal atau gabungan. Oleh itu miasma psora boleh menghasilkan keadaan psora dengan ciri-cirinya. Begitu juga dengan miasma sycosis, melahirkan keadaan sycosis dan miasma syphilis menerbitkan keadaan syphilis. Psora, sycosis dan syphilis adalah penyebab penyakit-penyakit kronik dan keadaan psora, sycosis dan syphilis merupakan hasilnya.

Beberapa penyakit kronik dihasilkan melalui kehidupan dalam keadaan tidak sihat atau tidak bersih, tabiat buruk, penagihan lama, kekurangan keperluan asas bagi menampung kehidupan, kurang bersenam dan udara lapang, penggunaan minda dan tubuh yang keterlaluan, hidup dalam keadaan yang sentiasa risau dan keadaan-keadaan lain yang boleh menggugat kesihatan. Penyakit yang terbit dari keadaan sedemikian boleh dibetulkan dengan jayanya dengan meningkatkan keadaan hidup kerana tiada miasma kronik yang terlibat, tetapi hanya perkara atau benda sifat manusia yang boleh dielakkan. Hahnemann menggelar penyakit kronik sedemikian sebagai penyakit-penyakit yang tidak tepat dinamakan.

Satu lagi kategori penyakit kronik yang paling sukar dan amat merbahaya adalah yang dihasilkan secara tiruan atau buatan melalui penggunaan dadah yang tidak rasional dan tidak berpatutan. Sewaktu zaman Hahnemann, penyakit-penyakit ini adalah disebabkan rawatan yang menggunakan ubat-ubat dalam bentuk kasar dan kuat seperti raksa, candu dan julap. Penyalahgunaan dan penggunaan yang terlalu lama dadah berkenaan telah melemahkan dan memburukkan kuasa hayat serta telah mengubahsuai keadaannya sehingga tidak boleh dikembalikan kepada keadaan asal. Penyakit-penyakit kronik inilah yang paling dibenci dan paling sukar dirawat.